Zati & Si Mawas

Zati & Si Mawas

Mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zati (Lyana Jasmay) melalui kehidupan kolej yang juga seringkali dibuli oleh kakak-kakaknya, Rina (Ika Nabila) dan Joey (Zarina). Selain itu, Zati ternyata tidak disukai oleh makciknya Aunty Anita (Sharifah Shahora) kerana dituduh menyebabkan kematian adiknya kerana melahirkan Zati. Namun, kehidupan Zati mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Iskandar (Kamal Adli) di kolej. Persahabatan mereka dicemburui oleh kakak-kakaknya dan Zizi, kawan mereka yang turut bersubahat memperalatkan Iskandar untuk mengenakan Zati. Di sinilah bermulanya transformasi Iskandar sebagai manusia yang berubah fizikalnya menjadi manusia mawas. Akan tetapi, Iskandar diselamatkan oleh pembantu peribadinya yang bernama Bagio (Cat Farish). Iskandar terpaksa ‘memulihkan’ dirinya dan dikurungkan di rumah. Iskandar dinasihatkan oleh bondanya untuk mencari cinta sejati bagi menamatkan sumpahannya itu. Selain itu, terdapat konflik antara bapa Zati, Ehsan (Hairee Othman) dengan pakciknya, Pakcik Ikbal (Den Wahab) gara-gara kerana kecemburuan tunangnya Cik Fara (Farisha Ayu). Mereka memutuskan percintaan lalu Ikbal bersatu dengan Anita yang juga menaruh perasaan terhadap Ehsan. Suatu hari, mawas telah menyelamatkan Ehsan dari serangan orang jahat lalu telah memaksa Ehsan membuat perjanjian untuk mengahwinikan Zati dengan dirinya. Apakah cerita selanjutnya Siapakah Iskandar sebenarnya dan apakah yang telah terjadi kepadanya sehingga dia berubah wajah Adakah Zati akan berkorban demi bapanya dan menerima seorang mawas sebagai suami Mampukah Si Mawas mencari cinta sejati
Released: 2009
Genres: ["Drama","Fantasy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres