Si Jundai

Si Jundai

Mengisahkan sebuah keluarga yang telah berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil. Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak begitu merestui niat Sarah untuk meneruskan bakat dan minatnya itu. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni. Di sana, Sarah bertemu dengan Edy (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Seri (Nabila Huda), iaitu bekas kekasih Edy. Dihasut dengan perasaan dengki dan dendam, Seri kemudian menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan Sarah dan Edy. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk mengganggu Sarah lalu meletakkan kesalahan tersebut kepada Edy. Sarah yang terperdaya akhirnya sedar pengkhiatan Seri yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya. Mungkinkah Edy, Sarah dan juga Seri sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu hitam yang kini mulai menghantui keluarga mereka
Released: 2011
Genres: ["Drama","Dongeng"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres