Saka (siri TV)

Saka (siri TV)

Saka ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia yang disiarkan di slot Seram (Khamis, 9.30 malam) TV3, dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin dan Juliana Ibrahim. Saka merupakan satu kisah bagaimana sebuah kumpulan yang berusaha dalam merongkai masalah-masalah mistik yang wujud di kalangan masyarakat. Setiap episod akan memaparkan satu misteri berdasarkan kisah benar yang berlaku, contohnya bagaimana sekumpulan pengikut ajaran sesat menyembah busut semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor, dan kumpulan ini akan berusaha untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat seperti ini. Isma memiliki suatu keupayaan istimewa yang digunakannya sejak kecil lagi, iaitu kuasa yang menjadikannya seorang yang bersikap ingin tahu tetapi selalu kemuraman. Hidup Isma berubah setelah dia berjumpa dengan Pak Din yang mengajarnya cara mengawal kuasa luar biasanya itu agar dapat membantu Pak Din dan anak-anak buahnya Daniel dan Zack dalam tugas-tugasan menyiasat alam ghaib.
Released: 2008
Genres: ["Horror"]
Country: Other Asia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres