Rahsia Hati Perempuan (MegaDrama Astro Ria)

Rahsia Hati Perempuan (MegaDrama Astro Ria)

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi. Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zayn yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil. Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Selepas Zayn dan Mika balik ke Malaysia Ilaina Whatsapp Mika tetapi Mika yang malas menjawab Whatsapp itu menyuruh Zayn untuk menjawabnya. Ilaina dan Zayn makin rapat dengan pesanan- pesanan itu.Malangnya, Ilaina tidak tahu yang menjawab pesanannya adalah Zayn bukan Mika. Ilaina mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain. Tidak lama itu,teman lelaki bekas tunangnya menghalau dia kerana isterinya pulang. Ayra,bekas tunang Zayn mengandung dengan anak lelaki itu tetapi dia merancang untuk menjadikan Zayn sebagai bapa anak itu. Ilaina dapat tahu yang sebenarnya membalas message dia adalah Zayn. Dia keliru kerana dia mencintakan lelaki yang membalas message dia tetapi dia tidak faham yang siapa dia mencintai Zayn atau Mika.Mikael pula jatuh cinta dengan Ilaina pada masa ini. Zayn korbankan cintanya untuk Mika tetapi Ilaina berdegil dan berjaya juga dapatkan hati Zayn. Mikael didiagnosis dengan kanser.Pada masa itu muncul lagi masalah,bapa Ilaina yang sudah berjanji dengan arwah ibu bapa Mika ingin menikahkan Mika dengan Ilaina.Selepas beberapa Ilaina setuju untuk kahwin dengan Mika dengan satu syarat iaitu Zayn kena kahwin dengan Arissa pada hari yang sama. Arissa kena langgar kereta yang dipandu oleh Ayra yang ingin membunuh Zayn tapi terlanggar Arissa. Arissa pergi ke keadaan koma. Ilaina dan Mikael terpaksas kahwin dahulu. Selepas beberapa tahun, Mika dan Ilaina pulang ke Malaysia.Beberapa kejadian yang berlaku telah menukarkan hati kedua dua pasangan itu mencintai orang lain. Arissa cintakan Mikael dan Ilaina cintakan Zayn. Mikael menjadi pesakit kanser koma. Mikael dibawa pergi ke Australia dengan Arissa yang mengandung. Selepas lima tahun, scene bertukar ke Zayn memberi ucapan di pelancaran bukunya dengan Ilaina yang menandung.Arissa pula bermain dengan anaknya yang bernama Ilaina juga. Arissa bersama dengan MIkael yang sudah sedar tetapi lemah duduk atas kerusi roda. Arissa menjaga Mikael dengan baik,Mikael meninggal dunia selepas menyuruh Arissa pulang ke Malaysia dengan anaknya. Di Malaysia, Ilaina sudah bersalin dapat anak lelaki. Zayn dan Ilaina namalan anak mereka sebagai Mikael. Pada scene yang terakhir kita dapat nampak yang Arissa pulang ke Malaysia dan memebuka pintu bilik Ilaina di hospital.
Released: 2018
Genres: ["Drama","Love"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres