Puteri Salju

Puteri Salju

Puteri Salju menceritakan tentang Zarina yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki cinta Mohamad. Perkhabaran mengenai Juriah (isteri Mohamad) yang sudah berbadan dua membuatkan dendam Zarina semakin kuat. Lantas, dia menggunakan khidmat bomoh Kelly cantik untuk menggugurkan kandungan Juriah. Ternyata, usahanya itu membuahkan hasil apabila Juriah yang terpedaya dengan ubat yang diberikan oleh Kelly Cantik meninggal dunia namun bayinya yang putih gebu berjaya diselamatkan dan diberikan nama Puteri Nor Puteh. Setelah pelbagai cara, Mohamad akhirnya terpaksa akur dengan kehendak naluri lelakinya dengan menikahi Zarina.Tahun silih berganti, Puteri Nor Puteh telah meningkat remaja dan kecantikan yang dimilikinya membangkitkan perasaan iri hati terhadap Zarina. Dia tekad untuk menghapuskan Puteri yang dirasakan penghalang hubungannya dengan Mohamad. Dia mengupah orang untuk membunuh Puteri. Namun, Puteri terselamat dan terpaksa mencari pelindungan di dalam hutan. Ketika inilah Puteri ditemui oleh tujuh orang kerdil dan dijaga dengan baik sebelum musibah lain pula menimpanya.
Released: 2008
Genres: ["Drama","Dongeng"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres