Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro Oasis)

Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro Oasis)

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya! Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah. Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya. Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan
Released: 2018
Genres: ["Drama","Romance"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres