Jangan Ikut Aku (Drama TV3)

Jangan Ikut Aku (Drama TV3)

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tak kena setelah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut. Setelah pulang dari perkhemahan. Akil mula tidak nyenyak tidur kerana setiap malam dia akan berasa gatal-gatal badan. Ruam-ruam halus mula keluar dari badannya. Kerja-kerja di bengkelnya tak dapat dijalankan dengan baik kerana sudah beberapa hari akibat tak cukup tidur. Walaupun telah ke klinik, penyakit gatalnya tetap tak berubah. Nabil rakan serumahnya meyuruh Akil menalipon ibunya untuk minta nasihat kerana merasakan penyakit Akil agak pelik kerana hanya datang pada waktu malam. Sementara itu Cikgu Shila kerosakan keretanya di tepi jalan. Dia kemudiannya menghantar keretanya ke bengkel Akil. Wajah Cikgu Shila yang menawan telah memikat hati Akil dalam diam. Teman lelaki Cikgu Shila, Sham sering membawa masalah padanya. Suatu hari kesabaran Cikgu Shila tidak dapat dibendung lagi bila wang kutipan PIBGnya dicuri Sham. Cikgu Shila nekad untuk memutuskan perhubungannya dengan Sham. Setelah tidak dapat mengawal lagi penyakit gatal Akil, Akil pulang ke kampong berjumpa ibunya. Ibunya Mak Mah minta Akil mendapatkan rawatan cara kampong dengan Dukun terkenal, Tok Misai. Tok Misai memberitahu yang Akil ‘keteguran’ oleh Jin di dalam hutan kerana membuang di tempat kediaman jin. Akil diminta datang keesokkan harinya untuk mengambil air mandian yang dijampi Tok Misai untuk membuang ganguan-ganguan yang ada didalam badannya. Keesokkan harinya Akil ke rumah Tok Misai dan medapati botol berisi air berserta nota di tepi tangga rumah Tok Misai. Akil juga mendapati ada cincin berdekatan botol air tadi. Menyangka cincin tersebut disediakan oleh Tok Misai untuknya. Akil terus memakai dan membawa balik cincin tersebut. Akil tidak sedar di dalam rumah Tok Misai telah mati dibunuh seseorang. Akil, gembira kerana penyakit gatalnya telah hilang setelah meminum air jampi dan memakai cincin yang disangkakan ditinggalkan Tok Misai untuk kegunaanya. Namun, tanpa Akil ketahui cincin itu ditinggalkan Tok Misai agar tidak jatuh ke tangan musuhnya iaitu Dukun Anjang Itam (Kazar). Tok Misai telah dibunuh sebelum sempat dia memberikan air penawar kepada Akil dan kebetulan cincin itu dijumpai pula oleh Akil. Bermulalah kehidupan Akil diganggu oleh jin-jin peliharaan Tok Misai. Akil mula tidak tenteram kerana sering diganggu jin-jin Tok Misai dan dia mula mencari dukun-dukun untuk menghalau mereka di internet tetapi terkejut dengan bayaran mahal yang dikenakan oleh dukun-dukun tersebut. Sehinggalah satu hari Nabil (Suffian BMB), teman serumah Akil telah dirasuk oleh jin tersebut dan mengatakan akan meninggalkan Akil jika Akil berjaya menunaikan permintaan mereka. Untuk permintaan yang pertama, Akil menunaikan permintaan Jin kecil yang diberi nama Jendul (Ben Ladin). Jendul mahu Akil mendapatkan loceng kecil yang ditanam di rumah seorang kanak-kanak bernama Akmal untuk membolehkan dia kembali ke tempat asalnya. Tanpa Akil ketahui, Jendul berbohong kepadanya kerana loceng itu dapat membuatkan Jendul kembali berdamping dan mengganggu Akmal. Akil bersedia untuk menunaikan permintaan jin kedua iaitu permintaan Kesuma Dewi atau Bigfoot (Syanie). Bigfoot teringin sangat untuk memasuki pertandingan ratu cantik. Akil terkejut mendengar permintaan Bigfoot kerana mana mungkin dia boleh menyertai pertandingan Ratu cantik untuk manusia. Bigfoot marah kerana permintaanya tidak diterima dan mula merasuk Akil. Mayang Kasturi (Aishah Azman) pula mahu Akil mendapatkan semula rantai kepunyaannya yang telah dicuri Tok Misai dahulu dan diberikan kepada anaknya iaitu Siti (Aishah Ilias). Tanpa Akil ketahui rantai itu sebenarnya adalah rantai pengikat hubungan antara Mayang Kasturi dan Siti. Siti juga bekerja di bengkel milik Akil kerana mahu mendapatkan semula cincin keramat milik bapanya. Permintaan terakhir daripada Kimchi (Dazrin Kamaruddin) sedikit sukar untuk ditunaikan Akil. Kimchi mahu Akil menghantarnya pulang semula ke Korea melalui badan Akil. Akil pening kerana untuk ke Korea perlukan banyak belanja sedangkan dia tak cukup duit. Akil gembira kerana hampir menunaikan kesemua permintaan jin-jin tersebut walaupun sukar dan berharap mereka tidak mengganggunya lagi. Tetapi sebenarnya, jin-jin Tok Misai tidak mahu meninggalkan Akil. Bagi membolehkan mereka terus bersama Akil, jin-jin tersebut membantu Akil untuk mendapatkan gadis idamannya iaitu Cikgu Shila. Bagaimanakah nasib Akil Adakah dia akan bebas buat selama-lama atau terus leka dengan pertolongan makhluk halus yang membantunya mencuri hati gadis pujaannya
Released: 2017
Genres: ["Horror","Comedy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres